Minggu, 22 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Labah labah Berbisa Makin Banyak Di London

Labah labah Berbisa Makin Banyak Di London


SPESIS labah-labah paling berbisa di Britain yang dikenali sebagai labah-labah ‘False’ dilihat kian kerap muncul sejak bulan lepas, sekaligus mencetuskan kebimbangan.

Setakat ini sudah lebih 50 kes direkodkan melibatkan labah-labah ini, kebanyakannya di daerah London dan Kent.

Amanda Armitage, 33, dari Essex memberitahu, anak perempuannya yang berusia 5 tahun nyaris terkena sengatan apabila cuba mengutip labah-labah berkenaan di lantai, baru-baru ini.

Mujurlah kejadian disedari suaminya yang segera menepis haiwan berbisa tersebut dari tangan anaknya. Suaminya pernah membaca tentang labah-labah berbisa itu di Facebook.

Kesan sengatan labah-labah False boleh menyebabkan rasa kebas, sakit dada dan berpeluh. Jika lewat mendapatkan rawatan, anggota yang terkena racun mungkin tidak dapat diselamatkan hingga terpaksa dipotong. – REM RAMZI

Tidak ada komentar:

Posting Komentar