Minggu, 16 Maret 2014

Mari kita lihat cara orang menipu ketika mengeluarkan wang di ATM

Mungkin ada yang pernah terkena tipu ketika mengeluarkan wang di ATM sebelumnya. Disini kita lihat bagaimana mereka beraksi yang berjaya dirakam oleh kamera CCTV di ATM tersebut. 
Jom ..kita lihat bagaimana mereka menipu....

1.  Mulanya



Pada gambar ini terlihat seseorang sedang melakukan transaksi di ATM.

Sebenarnya dia lagi memasang sesuatu pada alat di slot tempat kad ATM dimasukkan. 

Tindakan ini tentu sangat beresiko. Penjahat ini biasanya bekerja secara berkumpulan, seperti yang terlihat digambar ada kawannya yang bertugas mengawasi keadaan di luar.

Inilah dia mangsa yang masuk setelah perangkap terpasang. Dia memasukkan kad ATMnya seperti biasa untuk melakukan transaksi.

Setelah selesai bertransaksi anehnya kad ATM tak boleh dikeluarkan lagi darpada mesin itu. "Tertelan".

Di gambar ini si penjahat berpura-pura menawarkan bantuan kepada mangsa yang panik. Tujuan utama dari si penjenayah adalah mengetahui nombor PIN kad ATM si mangsa yang "tertelan" ini. Bagaimana caranya ?

Si penolong yag baik hati ini meyakinkan mangsanya bahawa cara mengeluarkan kad ATM adalah dengan menekan nombor PIN dan ketika itu dia akan menekan tombol "Cancel""Enter".Dia ingin tahu berapa nombor PIN simangsa ini. Pada gambar ini boleh Ente lihat kalau si penjahat dapat melihat tombol yang ditekan oleh si mangsa.

Setelah berusaha berkali-kali si Penolong akan meyakinkan mangsa yang kadnya sudah benar-benar tertelan oleh mesin ATM dan menyarankan kepada mangsa untuk menghubungi pihak Bank.

Setelah situasi aman  penjahat ini akan kembali lagi untuk mengeluarkan kad ATM dari alat perangkap yang dia pasang sebelumnya. Dia  telah mendapatkan nombor PIN nya yang telah berjaya diperolehi daripada MANGSA .

Dari jam yang tertera di CCTV boleh  dikatakan dia hanya memerlukan masa hanya 24 saat untuk membuat penipuan ini dan menurut catatan pihak bank penjahat ini bertinjauan membawa keluar duit $4,000 .

dan ini cara mereka memasang alat perangkap kad ATM itu...









Dengan apa sekali pun jika kad tertelan hubungi terus pihak bank
dan jangan sesekali berikan no PIN pada orang yang tidak di kenali...

 borakkosong.com/
ReadFull Article ..

Sabtu, 15 Maret 2014

PANASSS…Keputusan MasterChef Selebriti Bocor

PANASSS...Keputusan MasterChef Selebriti Bocor??

Menafikan keputusan juara MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MCSM2) sudah dibocorkan pihak tertentu sebaik nama Syura diumumkan juara, malam kelmarin, Astro melihat desas-desus siapa pemenang sebagai perkara biasa dalam pertandingan program realiti berbentuk rakaman.
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, berkata penyebaran gosip mengenai kemenangan penyanyi itu hanya telahan memandangkan nama pencabar terdekat, Celina Khor, juga turut digembar-gemburkan mengungguli gelaran sama.
“Selain nama Syura, Celina juga dikatakan muncul juara, jadi tiada apa yang pelik. Bagi kami ia sesuatu yang biasa, bukannya ada kebocoran maklumat yang sememangnya dirahsiakan produksi dan peserta hingga pengumuman akhir.
“Kita tidak dapat menghalang spekulasi daripada dikeluarkan pihak lain. Kini, teka-teki mengenai juara MasterChef Selebriti Malaysia musim dua sudah terjawab,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian hadiah, malam kelmarin.
Majlis penyerahan disempurnakan Raqim pada tayangan episod kemuncak MCSM2 yang turut menyaksikan pesaing terdekat Syura, Celina, yang juga pengacara menerima RM10,000 untuk disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Haiwan-Haiwan Kurang Dijaga Selangor.
Selain trofi dan ganjaran tiket penerbangan kelas perniagaan untuk dua orang, Syura berjaya mengumpulkan wang tunai RM60,500 yang disalurkan terus ke Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara Wilayah Persekutuan.
Mengulas kemenangannya, Syura berkata, dia meletakkan kepentingan diri ke tepi kerana buat masa ini lebih memikirkan persediaan menunaikan nazar membawa ibu tercinta mengerjakan umrah.
Anak keenam daripada sembilan bersaudara itu mengakui memasang niat selepas melepasi satu persatu pusingan dalam 40 episod program realiti terbabit, tinjauan doa restu insan paling bererti dalam hidupnya, Samsiah Mohamad, 62.
Andai tiada aral, pemilik nama Zuraidah Badron, 27, itu merancang ke Tanah Suci sekitar September, namun perlu memastikan dulu kesihatan ibunya yang disahkan menghidap penyakit batu dalam hempedu.
“Kemenangan ini berkat doa semua terutama emak dan suami saya. Walau emak tidak sihat, dia sentiasa titipkan semangat supaya saya jangan menyerah serta buat yang terbaik. Saya sendiri tidak menyangka dapat pergi sejauh ini.
Jadi hidangan kelas pertama
“Gelaran sebagai juara sudah tentu satu penghormatan besar.
Saya belum memikirkan hadiah ke Paris yang sememangnya destinasi impian saya dan suami, namun saya lebih teruja membuat persediaan menunaikan niat membawa emak mengerjakan umrah,” katanya.
Lebih istimewa, satu daripada hidangan air tangannya yang disajikan kepada 10 VVIP dalam cabaran akhir bertemakan menu Sajian Sehangat Bintang itu nanti bakal diperkenalkan di kelas pertama penerbangan MAS.
“Saya menyertai pertandingan ini kerana ingin belajar. Dari cabaran awal lagi saya nampak peserta lain punya kelebihan dalam masakan Barat. Dari situ saya banyak melihat resipi di internet dan dalam pusingan akhir berdepan Celina, saya menambah baik menu Barat yang saya masak ketika episod terawal.
“Apabila diumumkan menu itu akan dihidangkan kepada penumpang kelas pertama MAS, saya sangat terharu. Cuma seperti menyanyi dan bermain muzik, saya belajar menerusi gerak hati, begitu juga memasak. Saya cari resipi, seterusnya hanya mencuba di dapur MCSM2. Alhamdulillah ia menjadi,” katanya yang merancang mendalami bidang kulinari.
Rancang single baru
Menganggap segalagalanya seakan dipermudahkan Tuhan, anak jati Johor itu mengakui pengorbanan berpindah ke Kuala Lumpur sejak sebulan lalu untuk kembali aktif ke arena seni suara berbaloi kerana satu demi satu kemanisan dikecapi.
“Saya ikut suami tinggal di Pasir Gudang sejak berkahwin hinggalah dikurniakan tiga cahaya mata.
Melihat anak semakin membesar, saya mengajak suami kembali ke Kuala Lumpur. Tidak mengambil masa panjang, permohonan suami bertukar sekolah diluluskan dan selepas itu saya pula ditawarkan menyertai MCSM2.
“Memang kami menangis dalam perjalanan ke rumah baru kerana sedih meninggalkan keluarga di Johor, selain menjual butik pengantin kami. Inilah pengorbanan. Nyanyian tidak akan saya ketepikan.
Andai tiada aral, saya bakal tampil dengan single baru yang kini dalam perancangan,” ulasnya.
Bicaranya yang rancak berubah perlahan tatkala diminta berkongsi perasaan sebaik namanya dihebohkan sebagai pemenang sejak dua minggu lalu, seterusnya mengundang komen negatif sesetengah pihak.
Jujurnya, kata Syura, hatinya agak terguris dengan maklum balas beberapa kelompok penonton yang mempertikaikan andainya dia menang, namun masih bersemangat apabila sebahagian besar tetap mempercayai kebolehannya.
“Saya akan terus belajar dan mendalami bidang masakan. Ia cinta baru saya. Saya lihat reaksi negatif itu dari sudut positif, iaitu membakar semangat bagi membuktikan kemampuan sebenar.
Insya-Allah, siapa tahu suatu hari nanti saya punya restoran sendiri,” tambahnya ringkas.
Peserta lain yang bertanding sejak April lalu ialah Micheal Ang, Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Norish Karman, Cat Farish, Syanie Hisham, Lydiawati, Enot, Zain Saidin, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Nawawi, Sabhi Sadhi, Sathiya, Radhi OAG, Yassin Yahya, Afiq Muiz dan Keroz Nazri. (BERITA HARIAN)

ReadFull Article ..

Jumat, 14 Maret 2014

Cara Mengatasi Cewek Yang Suka Ngambek !

Pernah tidak ngerasain hal seperti yang saya rasakan ini, saat akan mengobrol dengan cewe Anda tiba-tiba saja dia ngambek, entah itu ngambek atas masalah apa. Yang pasti dia ngambek begitu saja dan Anda sebagai cowo kebingungan dengan sikapnya yang gak jelas itu. Malahan Anda berpikir kalau cewe Anda ngambek akibat Anda salah ucap. Padahal belum tentu demikian.

Untuk menghadapi cewe yang sedang ngambek, coba lakukan cara berikut ini. Semoga saja cara berikut menjadikan hidupmu menjadi lebih bahagia dengan pasanganmu. Membuat hidupmu menjadi lebih bermakna dengan kisah perjuangan cinta.

* Jika Anda berhadapan dengan cewe sanguis, coba tanyakan dahulu permasalahannya. Tanya seperti ini, “Ada apa?”. Jika dia berkata, “Ente nyebelin” atau “Ente jahat” berarti dia berkata hal yang sebenarnya. Maka Anda sebagai cowo harus mencoba menyenangkan hatinya. Tidak perlu minta maaf, bukan itu yang diinginkannya. Dia hanya meinginginkan Ente memperbaiki kesalahan. Untuk mencari tahu apa kesalahan Ente, coba Ente ingat-ingat kesalahan yang telah Ente lakukan atau mengingatnya dengan cara memancing cewemu mengatakan kesalahan yang telah Ente perbuat. Biasanya sanguis akan beusaha jujur kepada Anda untuk menumpahkan perasaannya. Dengarkan saja apa yang dikatakan olehnya dan jangan membela diri, kemudian curahan hatinya DICERNA! Setelah itu pikirkan jawaban terbaik yang bisa Ente berikan untuknya atas dasar karena cinta. Sambil menggoda dirinya untuk menyenangkan hatinya.

* Jika Anda berhadapan dengan tipe cewe melankolis, coba tanyakan juga permasalahannya. Tanya seperti ini, “Ada apa?”. Jika dia menjawab, “Gak apa-apa” berarti dia berusaha menutupi sesuatu hal yaitu menutupi masalahnya. Untuk menghadapi tipe cewe melankolis Anda cukup meminta maaf sekali saja dengan kata-kata yang bijak dan romantis. Kalaupun dia masih diam dan tetap berkata, “Gak apa-apa”. Biarkan saja seperti itu, itu pertanda Anda belum dimaafkan karena kata maaf tidak secepat itu didapatkan. Tetaplah bersikap ceria dan manis terhadapnya atau bersikap biasa saja seperti seolah tak ada masalah. Maka kelak dia akan kepikiran hal seperti ini, “Kenapa yah aku memendam kekesalan, padahal cowoku selalu menyenangkan hatiku dan bahagia bersamaku. Aku merasa bersalah selalu bersikap seperti ini, aku sayang cowoku.” Dan kemudian jreeeng… tiba-tiba saja dia akan meminta maaf kepada Anda, dan disaat itu juga ada kemungkinan dia menceritakan masalah yang dipikirkannya kepada Anda.

* Jika Anda berhadapan dengan tipe cewe koleris, maka bertanyalah juga masalahnya apa. Biasanya koleris akan diam tanpa kata-kata, membuat Ente kebingungan dan khawatir. Saya juga sebenarnya tidak menyukai tipe cewe ini disaat dirinya sedang ngambek, karena perkataannya akan lebih menyakitkan melebihi perkataan cewe sanguis. Berhubung Anda adalah orang yang sangat disayanginya maka cewe koleris lebih cenderung diam saja sambil merendam perasaan kesal teramat dalam. Untuk menghadapinya, cukuplah dengan juga bersikap diam saja. Tak perlu meminta maaf karena pada akhirnya dia sama sekali tak peduli dengan ungkapan maaf Anda. Ingat! Jika Anda meminta maaf kepadanya sama saja Anda membuktikan kepada cewe koleris bahwa Anda memang BERSALAH! Oleh sebab itulah sifat koleris sulit ditebak, namun kenangan antara dirimu dan dialah yang biasanya bisa membuat dirinya luluh dari amarahnya. Jika ingin berdamai dengannya, tak perlu berdebat untuk mengatakan siapa yang benar ataupun yang salah karena pada akhirnya hanya membuat masalah semakin runyam. Sayangi saja dia seperti biasa dan berikan ungkapan tulus dari dalam hati. Jika tidak ditanggapi, biarkanlah seperti itu. Tunggulah hingga dia teringat akan memory kenangan kalian berdua. Setelah itu rasakan kembali cinta dan bukti bahwa dia amat sangat menyayangimu.

* Jika Anda berhadapan dengan cewe plagmatis, tanyakan juga apa masalahnya. Tanyakan, “Ada apa?”. Biasanya cewe plagmatis akan menjawab seperti demikian, “Apanya?”. Seolah-olah tidak tahu apa-apa padahal dirinya sedang kesal dengan sikap Anda. Biasanya tidak sedikit pula cowo yang merasa bosan saat menghadapi cewe plagmatis yang sedang ngambek, karena sifatnya yang damai dan terlalu dingin (padahal emang begitulah sifatnya, dia tak suka menghadapi masalah yang berbuntut panjang dia akan lebih memilih untuk melupakannya begitu saja). Lalu bagaimana cara menghadapi cewe plagmatis yang sedang ngambek? Cukup percaya saja apa yang dikatakannya, cukup percaya bahwa dia memang tidak ada masalah. Kemudian senangkan hatinya dengan sebuah sikap, ingat “sebuah sikap” bukan perkataan. Karena cewe plagmatis cenderung tidak merespon apapun perkataan Anda. Cukup mudah bukan jika Anda menyenangkan hatinya dengan mengajaknya jalan-jalan?

Dari semua contoh tersebut, setidaknya Anda bisa mengambil sikap yang baik dari yang terbaik. Selain itu, entahlah. Saya juga terkadang masih sering merasa bingung bagaimana menghadapi cewe yang sedang ngambek, namun saya selalu berusaha menghargainya, terutama menghargai perasaannya.

Namun ada juga satu jurus jitu yang bisa membuat cewe begitu sangat menyayangi Anda setelah dia ngambek dengan kesalahan Anda. Inspirasi ini saya dapatkan dari cerita nyata.
ReadFull Article ..

Kamis, 13 Maret 2014

Arti i Pada Produk Apple

Apple menciptakan merek produk i yang bisa dikatakan tak berhubungan dengan fungsi dan desain. Pasti Anda bertanya-tanya apa artinya? Simak berikut.

Headline

Ketika Apple mengeluarkan debut produk i pertamanya, iMac, pendiri dan CEO Apple Steve Jobs mengatakan, "Itu merupakan perkawinan kesenangan internet dan kesederhanaan Macintosh".

Jadi, i mewakili internet dan Mac mewakili Macintosh. Internet merupakan kata yang paling sering dikira diwakili i. Namun, internet bukanlah satu-satunya arti i yang dimaksud Jobs.

Selain internet, i juga berarti individual, merujuk pada sifat alami personal komputer. Instruksi, komputer juga dimaksudkan untuk tujuan pendidikan serta informasi dan inspirasi.

Sejak debut iMac pada 1998, Apple mulai menciptakan beberapa rancangan serupa produk konsumen lainnya menggunakan i, termasuk iPod, iPhone dan kini iPad.


sumber



Orignal From: Arti i Pada Produk Apple

ReadFull Article ..

Rabu, 12 Maret 2014

Mitos Bambu di Asia

Masyarakat Asia - khususnya bagian Timur - sangat akrab dengan bambu sejak berabad lampau. Selain multiguna, bambu juga menjadi bagian dari mitos bangsa Asia. Beberapa diantaranya sebagai berikut.

Jepang
Pada zaman dahulu, hiduplah sepasang kakek dan nenek. Sang Kakek bekerja dengan mengambil bambu dari gunung lalu membuat keranjang atau wadah dari bambu, orang-orang menyebutnya Kakek Pengambil Bambu.

Pada suatu hari, ketika kakek itu masuk ke belukar bambu seperti biasanya, terlihat cahaya yang silau entah dari mana. Ia melihat kesekelilingnya, ternyata ada sebatang bambu yang berkilau emas.

Kakek merasa aneh, lalu mencoba memotong bambu itu. Terlihat anak perempuan yang mungil dan manis tengah duduk di dalam bambu yang telah di potong itu.

Kakek mengambil anak perempuan itu kedalam tangannya, lalu membawanya pulang dengan hati-hati.

“Pasti tuhan memberikannya untuk kita yang tidak punya anak.”

“Wah, benar-benar anak yang sangat manis.”

Kakek dan nenek itu menamakannya Putri Kaguya dan mencurahkan kasih sayangnya kepada Putri Kaguya.

Sejak mulai merawat Putri Kaguya, Kakek selalu menemukan bambu yang berkilau-kilauan emas setiap kali ia pergi kegunung. Jika bambu itu dipotong, didalamnya terdapat gundukan emas. Oleh karena itu, kakek menjadi sangat kaya.

Singkat cerita, setelah dewasa banyak pemuda ingin melamar Kaguya. Namun, tak seorang pun diterimanya. Hingga akhirnya Putri Kaguya kembali ke bulan.

“Ah, saya ingin selalu ada di dekat kakek dan nenek, tetapi saya harus pulang ke bulan. Saya adalah makhluk yang berasal dari kota besar di bulan.”


Vietnam
Sebuah legenda kuno Vietnam bercerita tentang seorang petani muda miskin yang jatuh cinta dengan putri seorang tuan tanah .

Sang tuan tanah berupaya  menggagalkan hubungan cinta tersebut dengan mengajukan syarat: Petani muda tersebut harus membawa seratus simpul dari pohon bambu. Untunglah, muncul Sang Buddha yang memberi bantuan.

Saat petani menagih janjinya, tuan tanah tersebut penasaran dan ingin melihat tinjauan simpul dari bambu yang menjadi panjang. Anehnya, sang tuan tanah menyatu dengan simpul bambu sampai ia mau merestui hubungan putrinya dengan petani miskin tadi.

Karena itulah, masyarakat Vietnam percaya bambu sebagai simbol ikatan perkawinan yang sukses dan tahan lama.


Burma
Di Burma, terdapat kisah legenda seorang gadis kecil yang berasal dari tangkai bambu, lalu ia tumbuh dewasa menjadi seorang perawan cantik.


Filipina
Mitos bambu juga hidup di Filipina, kisah tentang asal-usul penciptaan laki-laki dan wanita pertama di dunia, Sikalak dan Sikabayan.

Mereka lahir dari batang bambu yang ditanam di taman surga oleh Dewa Kaptan. Mereka ditanam untuk merawat taman surga tersebut. Namun, mereka jatuh cinta.

Sayangnya, karena masih terkait ikatan saudara berarti tidak boleh menikah. Mereka pun meminta saran pada ikan tuna, burung merpati, dan bumi.

Saran terakhir mengatakan bahwa “dunia haruslah dihuni manusia,” maka mewujudlah mereka menjadi manusia, dan akhirnya mereka pun menikah dan menetap di bumi (Piper, 1992: 62-64).


India
Kepercayaan Hindu di India punya cerita lain lagi.

Alkisah, seorang wanita cantik bernama Murala, wanita dari kasta Bangsawan ingin menikah dengan seorang pria yang ternyata berkasta lebih rendah dari dirinya. Karena merasa tertipu dan kecewa dengan ketidaksetaraan kasta tersebut, Murala lalu memanjatkan doa kepada Dewa Wishnu.

Setelah mendapatkan jawaban atas doanya itu, Murala mendaki tumpukan kayu bakar, lalu membakar dirinya. Bambu pertama dimitoskan tumbuh dari tebaran abu kremasi Murala itu.


Sunda
Dalam kebudayaan Sunda yang berbudaya agraris dengan sumber pangan pokok padi (pare), hubungan bambu dengan mitos kesuburan itu pun hidup. Di daerah-daerah yang warganya bertani, lahan-lahan pertanian ada yang disisihkan sebagian untuk ditanam bambu. Mitos terhadap Nyai Pohaci sebagai lambang dewi padi, hidup di tengah-tengah masyarakat adat Sunda.

Untuk menolak bala (nyinglar) hama dalam kegiatan mengolah lahan pertanian di sawah dan huma, orang Sunda lama mencipta syair dan lagu sebagai persembahan terhadap Nyai Pohaci. Syair-syair itu dalam perkembangannya disertai tumbukan bunyi antarbatang bambu yang dibuat untuk Nyai Pohaci, sebagai perlambang dewi kesuburan.

Tumbukan bunyi antar batang bambu itu dilakukan sebagai ritus panen padi di huma (ladang) sebagaimana dilakukan di masyarakat adat Kanekes, Baduy (Admadibrata dkk, 2006: 4).

Dalam tradisi macam demikian, alat musik bernama angklung kerap diasosiasikan untuk digunakan dalam ritual panen beras (Piper, 1989: 68). Misalnya di Banten Selatan, orang-orang Baduy memiliki kebiasaan menggoyangkan tiga atau empat angklung ketika menyelesaikan pekerjaan huma sérang, seperti menyucikan lahan yang dapat ditanami pada saat festival kawalu (Kunst, 1973: 363).

Nah, bagaimana dengan mitos bambu di China dan negara lainnya? Ada yang mau berbagi, silahkan saja, ya :)

sumber
ReadFull Article ..

Selasa, 11 Maret 2014

Pembunuh Rachel Corrie dikenal pasti


Dari sebalik sekeping papan dan kepingan plastik sebagai dinding pembahagi, seorang askar Israel yang memandu sebuah bulldozer yang telah melenyek mati seorang aktivis keamanan Amerika buat kali pertamanya mengakui perbuatannya Khamis lalu.

Rachel Corrie terbunuh lebih tujuh tahun lalu, namun identiti pemandu bulldozer yang melenyeknya tidak pernah sekali pun didedahkan dan dia juga tidak dikenakan sebarang hukuman apabila penyiasatan tentera Israel mengumumkan bahawa tiada tentera Israel yang terlibat untuk dihukum.

Ibu bapa dan keluarga Corrie sudah sekian lama mencari jawapan tentang pembunuhan anak perempuan mereka, adakah disengajakan? Siapa yang bertanggung jawab? Namun hari Khamis lalu akhirnya mereka dapat mendengar sendiri pengakuan dari si pembunuh yang bertanggung jawab mengakibatkan kematian Rachel corrie.

Semasa hayat Rachel Cory sebelum dilenyek dengan Bull Dozer Israel

Pembunuh itu telah mengakui bahawa dialah yang telah memandu bulldozer tersebut. Menurut Stacy Sullivan, seorang jurucakap bagi keluarga Corrie semasa di Haifa Courtroom. Dia menyedari bahawa di sana terdapat aktivis yang membantah, dia telah diperintahkan untuk menjalankan tugas dengan berhati-hati.

Dia berulang kali mengatakan bahawa dia tidak nampak langsung Rachel Corrie sebelum dia melanggarnya kerana terdapat selonggok bebatuan yang menghalang penglihatannya.

sullivan menambah "Dia langsung tidak menunjukkan rasa kesal".

Askar yang dilahirkan di Soviet Union itu tiba di Israel dalam tahun 1995 telah disaman oleh keluarga Corrie terhadap Kementerian Pertahanan israel. Namun begitu keluarga Corrie tidak dapat membawanya ke mahkamah kerana mahkamah agong Israel telah membuat keputusan untuk melindunginya.

"Kami merasa sangat kecewa bagaimanakah negara Israel boleh melihat wajah orang-orang ini dan bahasa tubuh mereka, sehingga mereka menganggap boleh menimbulkan ancaman bagi tentera," kata ibu Rachel, Cindy Corrie.

Pada bulan Mac 2003, Rachel Corrie bekerja dengan Gerakan Solidariti Antarabangsa yang dipimpin oleh Palestin. Dia berada di antara aktivis yang berusaha untuk menghalang tentera Israel dari menghancurkan rumah-rumah Palestin namun akhirnya dia dibunuh.

Jabatan Pertahanan mengatakan hari Khamis bahawa mereka menyesal kematian Corrie. "Tapi ia berada di daerah pertempuran yang terkenal menyebabkan [Pasukan Pertahanan Israel] tidak mempunyai tanggung jawab," kata juru bicara CNN. "Kes ini hal mahkamah dan merekalah yang akan membuat keputusan."

Craig corrie berkata, dia tidak pernah sekali pun berharap pemandu yang membunuh anaknya itu dihantar ke penjara. "Namun semakin dia mencari jawapan, semakin jelas kelihatan bahawa pembunuhan anaknya adalah disengajakan ataupun kecuaian yang nyata." tambahnya.

"Dan sebagai bekas anggota tentera, saya juga pernah ditugaskan untuk memandu bulldozer semasa di Vietnam. Anda boleh lihat dengan jelas apa yang ada di hadapan anda, dan saya percaya mereka nampak!"

"Saya tidak akan terus membenci orang ini, namun saya mahu dia tahu perbuatan membunuh anak perempuan saya adalah terlalu kejam!"


Source: Pembunuh Rachel Corrie

Memang jahanam Askar yahudi ni!!!
ReadFull Article ..

Senin, 10 Maret 2014

Penerbit filem rogol ‘aktres’

myMetro
Mumbai: Seorang penerbit filem India didakwa di mahkamah semalam selepas ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita yang dijanjikan satu peranan dalam produksinya, kata polis.
Ramesh Singh, 49, ditahan kelmarin selepas wanita terbabit mengadu kepada polis di Oshiwara, Mumbai mengenai insiden berkenaan.
Sumber polis berkata, Ramesh berjanji memberi satu watak kepada wanita itu dalam filem terbarunya.
“Suspek menghubungi wanita itu dengan alasan supaya dia boleh membaca skrip disediakan.
“Apabila tiba, suspek menyerahkan skrip berkenaan kepada pelakon terbabit di sebuah bilik sebelum mengunci pintu,” katanya.
Ramesh kemudian mengarahkan wanita itu berbaring untuk cuba melakonkan ‘adegan ranjang’ tetapi mangsa tersedar dia diperdaya.
Menurut sumber, wanita itu lari ke bilik mandi dan mengurung dirinya di situ.
Bagaimanapun, katanya, Ramesh memecahkan pintu bilik mandi berkenaan dan merogol mangsa.
Akhbar Indian Express melaporkan, Ramesh adalah penerbit filem berbahasa Marathi dan tidak terbabit dalam pembikinan filem Hindi seperti kebanyakan orang lain. Kes keganasan seksual ke atas wanita menjadi perhatian utama di India sejak seorang mahasiswa perubatan maut akibat dirogol beramai-ramai dalam sebuah bas bulan lalu. - AFP
 
ReadFull Article ..

Minggu, 09 Maret 2014

Puasa kurangkan risiko penyakit

Puasa kurangkan risiko penyakit - Ada yang beranggapan bahawa amalan berpuasa mempunyai kesan buruk kepada pesakit jantung. Andaian ini dikaitkan jangka masa waktu makan yang agak singkat diikuti solat tarawih yang agak intensif selepas berbuka puasa yang menguji tahap kemampuan fizikal seseorang pesakit tersebut.


Satu kajian populasi secara retrospektif yang dilakukan di sebuah hospital rujukan utama di Qatar untuk jangka masa 10 tahun (1991-2001) melibatkan hampir 21,000 pesakit jantung koronari menunjukkan secara objektif bahawa tidak ada peningkatan dalam kadar insiden serangan jantung koronari mengejut atau angin tak stabil ketika Ramadan jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain.

Dalam kajian populasi di hospital yang sama, ia menunjukkan bahawa tidak ada peningkatan dalam kekerapan kemasukan ke hospital akibat serangan kegagalan atau lemah jantung serta tiada peningkatan kematian yang ketara akibat kegagalan jantung sepanjang bulan ini.

Kajian juga menunjukkan amalan berpuasa tidak menunjukkan peningkatan dalam kadar insidens serangan strok atau angin ahmar berbanding dengan bulan-bulan lain.

RisikoUmumnya, kita telah sedia maklum bahawa faktor-faktor risiko utama yang menyebabkan serangan penyakit jantung koronari adalah paras kolesterol yang tinggi, amalan merokok, penyakit diabetes atau peningkatan gula darah yang tidak terkawal, penyakit darah tinggi atau tekanan darah yang tidak stabil dan berat badan yang berlebihan (obesiti).

Secara logiknya, amalan berpuasa seperti yang telah ditunjukkan di dalam banyak kajian saintifik terbukti mampu mengurangkan berat badan yang akan mempengaruhi paras kolesterol darah terutamanya dalam menurunkan kolesterol yang tidak baik (LDL) dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL) yang boleh mengurangkan risiko serangan jantung koronari. Biasanya seseorang perokok tegar akan mengurangkan tabiat merokok ketika Ramadan dan ini secara langsung membantu mengurangkan risiko serangan jantung.

Dengan penurunan berat badan, amalan berpuasa sudah tentu akan memberi banyak manfaat terutamanya dalam pengurangan paras gula darah.

Jika mengikut nasihat yang betul, kawalan penyakit diabetes akan menjadi lebih baik tanpa meningkatkan insiden akibat komplikasi kekurangan gula dalam darah (hipoglisemia).

SelamatBeberapa kajian di negara Asia Barat menunjukkan bahawa amalan berpuasa dalam bulan Ramadan selamat untuk pesakit darah tinggi yang meneruskan pengambilan ubat-ubatan seperti biasa sama ada waktu sahur atau berbuka. Dengan adanya ubat-ubatan yang memberi kesan berpanjangan selama 24 hingga 36 jam di pasaran dan dos sekali sehari, ia banyak membantu umat Islam meneruskan amalan berpuasa tanpa perlu bimbang dengan kekurangan pengambilan ubat-ubat boleh memudaratkan penjagaan kesihatan mereka.

Penyakit jantung koronari adalah penyebab kematian yang utama secara global terutamanya di negara-negara sedang membangun termasuk negara kita. Mekanisme penyakit ini memang kompleks yang melibatkan proses inflamatori, hemostatik dan reaksi salur darah di dalam tubuh badan kita. Proses inflamatori ini memainkan peranan penting dalam aterotrombosis atau mekanisme berlakunya penyempitan akibat plak kolesterol dan seterusnya boleh menyebabkan berlaku penyumbatan serius (thrombosis) terhadap salur darah koronari jantung.

Dengan kemajuan sains perubatan terkini, pengamal perubatan boleh mengukur penanda aras inflamatori tersebut dengan mengukur paras high sensitivity C-reactive protein (hs-CRP) dan plasminogen activator inhibitor jenis-1 (PAI-1) dalam sampel darah manusia.

MembantuParas hs-CRP dan PAI-1 dapat membantu pakar perubatan meramalkan risiko seseorang mendapat serangan jantung koronari terutamanya bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes, darah tinggi, kolesterol darah yang tinggi dan mempunyai masalah berat badan berlebihan (obesiti). Kumpulan pesakit ini memang diketahui umum berisiko tinggi mendapat penyakit jantung koronari terutamanya jika faktor-faktor tersebut tidak dirawat atau dikawal secara optimum.

Sekumpulan penyelidik di Pusat Perubatan UKM telah membuat kajian prospektif pada Ramadan 2008/2009 yang melibatkan 121 subjek berumur 40 tahun ke atas yang mempunyai pelbagai faktor risiko penyakit jantung koronari. Tujuan utama kajian ilmiah ini adalah untuk menilai kesan amalan puasa terhadap paras hs-CRP dan PAI-1 dalam sampel darah pesakit-pesakit yang mempunyai beberapa faktor risiko penyakit jantung koronari.

Hasil kajian tersebut menunjukkan paras hs-CRP dan PAI-1 semasa bulan Ramadan didapati menurun secara ketara jika dibandingkan dengan parasnya sebelum Ramadan. Kajian ini sangat menarik dan agak konsisten dengan tinjauan beberapa kajian terdahulu yang dilakukan oleh penyelidik dari luar negara. Penurunan paras hs-CRP dan PAI-1 akan memberikan kesan positif dalam mengurangkan risiko serangan jantung koronari serta dapat mengelakkan kematian.

Pada masa sama, kajian yang melibatkan etnik Melayu Islam ini juga mendapati berlaku penurunan paras LDL dan peningkatan paras HDL yang ketara semasa bulan Ramadan. Perubahan positif profil kolesterol darah ini berkemungkinan disebabkan oleh pengurangan pengambilan diet tinggi lemak dan protein dalam diet semasa berbuka puasa, sebaliknya masyarakat Islam di Malaysia kebiasaannya akan mengambil diet berkarbohidrat tinggi seperti minuman, buah tamar dan kuih-muih yang manis. Bagaimanapun, kita tetap digalakkan mengambil diet makanan seimbang semasa berbuka puasa kerana trend pengambilan diet berkarbohidrat tinggi akan mengundang masalah kesihatan lain seperti diabetes tak terkawal dan boleh menghilangkan manfaat yang didapati tinjauan pengurangan berat badan semasa berpuasa selama sebulan.

Kesimpulannya, ibadah puasa yang kita lalui saban tahun demi menunaikan perintah Allah jelas sekali tidak menyebabkan seorang Muslim itu terdedah kepada risiko serangan jantung jika kita melaksanakan amalan ini dengan kefahaman ilmu dan mendapat nasihat yang betul daripada mereka yang arif dengan ilmu perubatan. Justeru pesakit digalakkan supaya sentiasa proaktif serta berbincang secara individu dengan pengamal-pengamal perubatan berdaftar yang merawat mereka tentang penjagaan masalah kesihatan dan pengubahsuaian corak pengambilan ubat-ubatan terutamanya bagi yang menghidap penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi.

Sebaik-baiknya, perbincangan antara doktor dan pesakit mengenai perubahan dalam dos dan jadual pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit kronik dapat dilakukan beberapa minggu sebelum seseorang itu menjalani ibadah puasa bagi mengurangkan kesulitan semasa berpuasa wajib nanti.

sumber
ReadFull Article ..

Jumat, 07 Maret 2014

Bunuh Gadis Teman Facebook 2 Lelaki Dipenjara 200 Tahun

13 Oktober 2013

GUATEMALA CITY, KOMPAS.com - Mahkamah Guatemala, Sabtu (12/10/2013), menjatuhkan hukuman penjara 200 tahun keatas dua orang lelaki yang terbukti bersalah membunuh dua orang remaja perempuan yang mereka hubungi lewat Facebook.

Kedua lelaki itu, Eduardo Chen dan Saul Garcia Arriaza,   membunuh Heydi Motufar Lorenzana (16) dan Heiser Alexandra Mercado Santos (18).

Namun hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah ini jauh lebih ringan dari tuntutan pendakwa yang menginginkan hakim menjatuhkan hukuman 308 tahun penjara.

Dalam perbicaraan, pendakwaraya   mengatakan, kedua terpidana sebelumnya berkenalan dengan kedua gadis remaja itu. Setelah semakin akrab mereka kemudian merancang janji pertemuan.

Dari tinjauan penyiasatan diketahui kedua gadis remaja itu dibunuh pada 22 Ogos 2011, setelah diperkosa terlebih dahulu oleh kedua tertuduh.

Mayat kedua gadis ini ditemui enam hari setelah dibunuh di kota Amatitlan, di wilayah selatan Guatemala.

Kes pembunuhan terkait Facebook ini menjadi kes pertama di Guatemala yang telah mendapat hukuman
ReadFull Article ..

Kamis, 06 Maret 2014

Gempur ‘Port’ Pendatang

SHAH ALAM: Pendatang asing tanpa izin terus digempur Jabatan Imigresen Selangor bagi memastikan warga asing yang ada di negeri ini memiliki dokumen dan permit kerja yang disahkan kerajaan.

Dalam operasi terbaru kelmarin di beberapa lokasi di Cheras dan Puchong, seramai 15 warga asing termasuk seorang wanita yang melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen ditahan.

Warga asing yang ditahan didapati bekerja di kawasan perumahan, kondominium dan premis perniagaan selain menetap di kawasan pangsapuri berkenaan memandangkan ia sudah menjadi lokasi warga asing melepak sehingga menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan penduduk setempat.

Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor Othman Montil berkata, Ops 6P yang dijalankan selama lebih lima jam bermula 9.30 malam itu menahan seramai 15 warga asing masing-masing 14 lelaki dan seorang wanita terdiri daripada warga Nepal, India, Filipina, Nigeria dan Pakistan.

Menurutnya, warga asing yang ditahan berusia antara 17 dan 38 tahun didapati melakukan pelbagai kesalahan seperti tinggal lebih masa, menyalahgunakan permit kerja dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Kawasan serbuan adalah antara lokasi tumpuan penempatan warga asing, walau sudah banyak operasi dijalankan, masih terdapat warga asing yang berdegil dan terus melanggar undang-undang Imigresen negara ini.

“Jabatan Imigresen akan terus menyerbu lokasi tumpuan warga asing dan memastikan mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati menyalahi Akta Imigresen,” katanya.

Beliau berkata, semua yang ditahan akan dihantar ke Depoh Tahanan Sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk siasatan lanjut.

Katanya, warga asing terbabit akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1963/59 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa dan menyalah gunakan permit kerja.
ReadFull Article ..

Rabu, 05 Maret 2014

Penceroboh Kini Bersumbunyi Di Kampung Tanduo

tentera beruk


**Sebelum ini masa berminggu-minggu dipujuk supaya balik, taknak..tunjuk taiko….sekarang menyorok pulak…keluarlah melawan kalau berani, dah jadi tentera beruk pulak ke sekarang…main sorok-sorok.
LAHAD DATU — Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.
“Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan serangan ofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.
Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.
“(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu, sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi,” katanya.
Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugat ketenteraman awam di Sabah.– BERNAMA
ReadFull Article ..

Selasa, 04 Maret 2014

Konsep Masjid Didalam Menara Di Turki 9 Gambar


Idea


Di bandaraya Istanbul ruang tanah untuk pembangunan sudah menjadi semakin sikit. Harga tanah juga sudah melanbung. Antara permasalahan yang wujud ialah tiada ruang untuk membina masjid baru untuk menampung penduduk yang semakin ramai. My dad was in Istanbul a while back dan dia cakap di Istanbul banyak betul masjid. Tapi bayangkanlah masjid yang ada sekarangpun sudah tak mampu menampung. Baguslah orang solat!


Anyways firma rekabentuk IND Architecture mengtinjauankan konsep masjid didalam menara dibawah. When you think about it this is a brilliant idea. Jika kini sudah ada mixed development building yang menempatkan pusat beli belah, kondo dan ruang pejabat mengapa pula tak boleh dimasukkan masjid ditengah-tengah menara tinggi. Brilliant idea. Cuma masalah yang aku boleh nampak ialah dari segi kestabilan struktur. Konsep rekaan IND masih cuba menerapkan rekabentuk masjid dengan 4 tiang diatas ruang solat kelihatan seperti menara Masjid Biru Istanbul. Nice!


in b4 "target kafir version of 911 is now available"







ReadFull Article ..

Senin, 03 Maret 2014

Lawak Malangnya Nasib Ajoi











Juliana : "Abang Ajoi..Jom la datang rumah saya rindulah...lagipun suami saya pergi oversea tadi."


Ajoi : "Baiklah malam esok abang datang..nanti pandailah abang tipu isteri abang tu.."


Juliana : "Oh yea..sebelum abang datang esok...abang cukur misai kasi licin dulu ye..abang tahukan saya suka lelaki baby face."


Ajoi : "Alamak yang nie susah sikit..isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah pulak."


Juliana : "Alaa...abang nak jumpa saya ke tak nak."


Ajoi : "Oklah ..oklah...Ana punya pasal..apa saja abang sanggup"


Keesokan paginya,semasa Ajoi hendak keluar untuk kepejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting.Di pejabat Ajoi telah mencukur misainya sampai licin.Setelah menemui Juliana dia pun pulang.


Pada pukul empat pagi baru dia sampai dirumah dan mendapati isterinya sedang tidur.Dengan perlahan Ajoi salin baju dan naik ketempat tidur.Tiba -tiba isterinya tersedar lalu meraba -raba wajah Ajoi yang licin itu dalam kegelapan dan berkata... Kenapa kau tak balik lagi Sumardi..kejap lagi suami akak balik..!!!"



(sumber)
ReadFull Article ..

Minggu, 02 Maret 2014

10 Taman Paling Indah Di Dunia

1. Viceroy’s Palace Garden, India


2. Het Loo,Belanda


3. Mount Stewart, Irlandia Utara


4. Powis Castle, Wales


5. Villa Lante, Italy


6. Garden of Cosmic Speculation, Scotlandia


7. Isola Bella, Italy


8. Bodnant, Wales


9. Millennium Park, Chicago


10. Peterhof, Russia
 
 
 
sumber
ReadFull Article ..

Sabtu, 01 Maret 2014

Nama Sebenar Suspek Bukan Ardi… Tapi…



Nama sebenar suspek tembak pegawai Ambank bukanlah seperti yang tertera di Facebooknya iaitu Ardi Ode Putra Katela tetapi nama sebenarnya ialah Laode Ardina Laode Rasila.

Bermakna di laman sosial Facebook lagi suspek utama ini sudah mahu menyembunyikan identiti sebenarnya.
Nama sebenar suspek utama itu dimaklumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar seperti dilaporkan Bernama.

Menurut Khalid, kini polis sedang memburu rakan suspek utama kes itu yang dikenali sebagai Joemar disyaki turut bersubahat merancang kejadian rompak berkenaan.

Sementara itu, Bernama turut melaporkan suspek berkenaan menjadikan bangunan dan rumah kosong sebagai tempat dia bersembunyi selama kira-kira 19 hari ketika dalam buruan polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berakata suspek menyorok di beberapa bangunan seumpama itu sekitar Lembah Klang dan Johor.

“Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas.

“Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran,” kata Mohd Shukri menurut laporan Bernama.

Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi semalam.

Dalam kejadian 23 Oktober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan.

Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek.
Suspek turut melarikan diri dengan tinjauan rompakan wang tunai RM450,000.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

sumber:
ReadFull Article ..